Friday, February 12, 2010

Tangisan Ini Bererti..

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”
“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.
“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

~sesungguhnya seorang WANITA amat istimewa..jadi peliharalah keistimewaan itu..~

Tuesday, February 2, 2010

Siapa Teman Setia Kita

Apabila kita berada di dunia ini kita dikelilingi oleh teman setia, sahabat handai, keluarga, harta dan sebangainya termasuk segala kenikmatan yang Allah berikan sehingga kita tidak dapat nak menghitung banyaknya. Tetapi apabila kita meninggal nanti hanya keluarga, harta dan amalan boleh menghantarkan kita hanya sampai kepintu kubur sahaja dan hanya dapat mengucapkan selamat tinggal sahaja ketika melihat badan terbujur kaku dimasukkan ke dalam liang lahat. 
 
Tidak ada seorang pun yang setia sanggup menunggu dan bersama-sama terbujur menjadi teman setia dalam kubur. Dimana anak yang dibelai manja itu. Kenapa mereka tidak setia menunggu bersama dengan kita. Mereka semua akan pulang setelah tanah ditimbusi. Mereka sebenarnya tidak sanggup bersama dengan kita. Begitu jugalah segala harta yang kita cari membanting tulang atas dunia ini sampai mempertaruhkan nyawa sehingga kita lupa Allah semata-mata untuk menghimpunkan harta sebanyak-banyaknya. Semuanya itu akan ditinggalkan dan diwarisi oleh ahli keluarga. Mereka semua yang akan mempusakai dengan senang lenang. Sedangkan kita yang dahulunya itu berkerja keras untuk kesenangan akan disoal oleh Allah SWT dimana kita memperolehi harta itu dan kemana dibelanjainya. 
 
Orang yang bijak ialah orang  yang mempunyai rancangan bagi negeri akhirat dan bersedia menghadapi kematian apabila sampai saatnya tetapi orang yang terpedaya ialah orang yang banyak berangan-angan mengejar dunia dan menimbun harta sebanyak-banyaknya sehingga mereka lupa kepada Allah.

Apa yang tinggal dengan kita dalam kubur itu hanyalah amalan sahaja yang kita kerjakan atas dunia dahulu samada sedikit atau banyak bergantung kepada tahap keikhlasannya yang diamalkan. Oleh kerana itu perbanyakkan membuat kebajikan, tingkatkan ketakwaan, rebutlah saham akhirat dengan rajin bersedekah dan banyakkan menderma sebagai bekalan ke negeri akhirat yang amat jauh itu. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
     Daripada Anas bin Malik RA. Rasullullah SAW bersabda: Ada 3 macam yang akan menghantar jenazah ketika ke kubur iaitu keluarganya. hartanya dan juga amalannya. Dua antaranya akan kembali dan satu lagi akan tetap tinggal bersamanya. Keluarga dan harta akan kembali dan amalan akan tetap setia bersamanya.  (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sunday, January 31, 2010

18SX - Petua Untuk Melambatkan Pancutan Suami

Pancutan mani sebelum masa (pramatang) adalah berkait rapat dengan faktor-faktor yang disenaraikan di bawah:
  1. Kesihatan fizikal suami
  2. Suhu udara sekeliling semasa jima’ berlangsung.
  3. Berapa lama jarak masa berjimak kini dan sebelumnya.
  4. Lama masa yang diambil untuk melakukan jima’.
  5. Posisi jima’
  6. Kelajuan atau tempo serta cara dan gaya dayungan.
  7. Kesihatan psikologi lelaki.
  8. Jenis makanan, minuman dan cara bernafas.
Masyarakat Cina kuno telah menemukan cara yang baik bagi menghalang mani dari terpancut terlalu awal. Mereka mendapati bahawa perkara-perkara yang dinyatakan di atas boleh mendatangkan kesan terhadap buah zakar. Maka mekanisma yang menjadi rahsia cepat atau lambatnya pancutan mani berada di situ, iaitu dengan membelai dan memegangnya.
Berikut adalah langkah-langkahnya:
  1. Mulakan proses ini bila zakar suami kelihatan tegang dengan pertolongan pasangan. Anda diingatkan supaya tidak melakukan istimta’ terlalu lama, ini akan menjadikan anda terlalu ghairah.
  2. Isteri menggenggam buah zakar suami dengan lembut dan hati-hati. Jangan terlalu kuat, kerana menyakitkan suami.
  3. Jangan sekali-kali isteri memegang batang zakar suami disepanjang masa jima’.
  4. Dengan gerakan perlahan, isteri memasukkan zakar suami ke dalam farajnya dengan menggunakan buah zakar suami sebagai pemegangnya.
  5. Mulakan dayungan dengan menusuk perlahan dan menarik dengan cepat.
  6. Paling baiknya buah zakar suami hendaklah selalu dipegang oleh isteri sepanjang masa dayungan.
  7. Apabila anda berasa geli atau ngilu tanda mahu inzal, suruh isteri mengeluarkan zakar dengan memegang buah zakar sambil menarik sedikit buah zakar itu ke bawah. Lakukan dengan agak perlahan dan lembut.
  8. Anda menarik nafas panjang dan dalam-dalam dan menunggu sehingga perasaan anda kembali tenang.
  9. Apabila anda sudah kembali tenang, maka isteri memasukkan semula zakar itu ke dalam farajnya sebagaimana cara di atas.
  10. Apabila inzal mahu dicapai serentak dengan isteri, maka dayungan itu diteruskan sahaja.
Jika cara ini dilakukan dengan betul, maka anda akan dapat menahan mani hingga 30 minit lamanya, bahkan lebih sehingga 1 hingga 2 jam barulah inzal. Petua ini baik dilakukan sekiranya suami mempunyai masalah cepat inzal, terutama bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga kerana keghairahan amat tinggi waktu itu.

Mungkin kelemahan cara ini ialah anda menghadapi kesulitan untuk mencumbui dan mendayung dengan bebas lantaran buah zakar dipegang oleh isteri. Walau bagaimanapun sekiranya cara ini berkesan untuk mengatasi masalah cepat terpancar mani, silakanlah diamalkan. Jangan lupa baca ayat penghalau syaitan sebelum anda dan isteri anda melayari bahtera kenikmatan dunia

Thursday, January 28, 2010

Hati-Hati Makan Organ Dalaman

(artikel dipetik dari isuhagat1.blogspot.com)



PERTEMBUNGAN ANTARA SAINS MODEN DENGAN ILMU WAHYU (AL-QURAN) & HADIS

Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu. Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikan Nya.

Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.

Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh. Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumNya lebih kurang begini "Janganlah kamu makan organ dalaman". Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti: hati; paru-paru; perut; hempedal; buah pinggang; jantung; telur ayam yang belum keluar dari perut ayam; telur ikan; dan sebagainya.

Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini. Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?

Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar mata pelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan isteri saya.

Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah. Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam. Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut.

Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya. Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot. Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.

Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya. Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas . Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu talesemia. Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun. Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?

Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7. Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun. Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.

Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.

Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital .

Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama. Arwah guru saya menasihati agar:-

1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsb nya;
2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya;
3. Elakkan minuman bergas;
4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah;
5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit;
6. Makan buah delima; dan
7. Makan epal hijau.

Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata, akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah. Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmat Mu.

Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia. Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudarat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).

Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat. Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi, Amerika dan England tidak makan hati. Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan.

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudarat lain yang Allah dan Rasul Nya saja yang mengetahui dengan tepat. Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudaratnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun. Subhanallah.

Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden. Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati.

Sunday, January 24, 2010

Khasiat BUDU

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain.

Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan diantara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pengambilan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin) . Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, dimana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun. Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu.

Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut. Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain. Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina , Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan.

Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

Pemandangan di pantai


Perubahan Template

Ini cerita baru untuk hari ini, berita tergempar dan panas. Jika anda melawat blog ini, perubahan yang nyata adalah dari segi rekaletak, nak tulis orang putih tak tau lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails